BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 31, 2010

SANTAI SEKEJAP

CARA MEMBUAT KUIH KOCI


KUIH KOCI

Bahan-bahan ( 20 biji ):
BAHAN2 UNTUK DOH:-
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 1/2 cawan air
BAHAN2 UNTUK INTI:-
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air
BAHAN2 LAIN:-
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
1 cawan pati santan + secubit garam

Cara-cara:
UNTUK INTI:-

Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
UNTUK DOH:-

Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.
UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:-

Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.
Kemudian lipat seperti biasa.
Yang ini berbentuk bantal.
Dan yang ini berbentuk piramid
Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2. Tak lupa terima kasih padan bonda mat atas tunjuk cara utk resepi ini. Selamat mencuba..

KUIH TALAM PANDAN

CARA MEMBAKAR KUIH BAULU

GAMBAR-GAMBAR KUIH TRADISIONAL

MAKANAN-MAKANAN TRADISI

Negara Malaysia kaya dengan makanan...kerna kita di sini terdiri daripada himpunan pelbagai bangsa dan suku kaum..Disebabkan itu di Malaysia kita boleh lihat pelbagai jenis makanan yang dijual dan ada yang kita xpernah tengok; rasa dan tak pernah tahu.."bahawa adanya makanan sebegitu di negara kita.." Namun yang pasti, semakin kita beranjak zaman kita semakin lupa pada kuih-kuih tradisi yang dahulunya merupakan salah satu makanan utama penduduk di tiap negeri. Terutama Kuih-kuih tradisi orang melayu. Andai ditanya pada anak muda.."pernahkah dengar nama makanan ni...?" Confirm!! pasti kerut dahi yang kelihatan..Al-maklum la..negara kita dah makin pesat membangun masih adakah insan yang masih menjadikan kuih-kuih tradisi menu utama mereka..? Ya, masih ada cuma hanya sebilangan dari kita...